Anwar Ibrahim menekankan nilai moral, sifat ihsan dan komitmen membantu golongan kurang bernasib baik. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu pembangunan bandar mengutamakan kebajikan rakyat, khususnya golongan miskin dan rentan, bukan sekadar memberi tumpuan kepada bangunan moden dan infrastruktur.
“Apabila kita bercakap mengenai perancangan fizikal dan bandar, kita sebenarnya bercakap tentang kehidupan dan kemanusiaan,” katanya ketika melancarkan Rancangan Fizikal Negara Kelima dan Dasar Perbandaran Negara Ketiga hari ini.
Turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming serta Menteri Wilayah Persekutuan Hannah Yeoh.
Anwar berkata pembangunan bandar juga perlu berteraskan nilai moral, sifat ihsan dan komitmen untuk meningkatkan taraf hidup golongan kurang bernasib baik.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2020%2F01%2Fab98507586896da22b4aa49ff8bb61df.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)