PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Perancangan dan pembangunan bandar tidak seharusnya meminggirkan nilai kemanusiaan serta kebajikan rakyat, selaras dengan gagasan Malaysia Madani, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Perdana Menteri berkata, kecekapan dan prestasi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) wajar dijadikan contoh bagi menambah baik perancangan perbandaran agar tidak hanya tertumpu kepada kemegahan struktur fizikal semata-mata."Bila kita bicara soal perancangan fizikal dan bandar, ini soal kehidupan, soal manusiawi, soal terkait dengan keyakinan kita dalam agama, dalam nilai, dalam akhlak."Kadang-kadang kita datang kerja, pulang, kita lupa bahawa sebenarnya pembangunan kota itu pembangunan insan, pembangunan manusia, pembangunan yang membantu menegakkan iman dan akhlak kita jadi prinsip kemanusiaan terus ada," kata beliau.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2026 serta Peluncuran Rancangan Fizikal Negara Kelima (RFN5) dan Dasar Perbandaran Negara Ketiga (DPN3) di sini pada Rabu.Turut hadir, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.Perdana Menteri berkata, usaha mempertingkat kehijauan dalam perancangan bandar di samping menyediakan kemudahan asas kekal menjadi antara cabaran utama dihadapi kerajaan.Beliau memberikan contoh bencana banjir yang lazimnya melanda kawasan pinggir bandar sehingga membawa kesan paling parah kepada golongan berpendapatan rendah."Kalau lihat umpamanya kesan banjir, selalunya di pinggir bandar yang lebih parah, yang memberikan kesan kepada orang-orang yang miskin."Kalau negeri (contohnya) Kelantan, Terengganu, walaupun saya sudah tahu perbezaan daripada segi politik, saya tidak peduli. Saya masih beri tumpuan besar bagi menyelesaikan masalah rakyat, termasuk masalah banjir dengan projek tebatan banjir," kata beliau.Anwar berkata, kejayaan sesuatu perancangan tidak seharusnya hanya diukur menerusi piawaian antarabangsa, sebaliknya perlu diterjemahkan pada peringkat akar umbi bagi membuktikan kekuatan sesebuah kawasan perbandaran."Sama ada bandar raya ataupun perbandaran, itu menjadi kekuatan. Lambat kita laksanakan, lambatlah erti kemajuan. Lemah dan cuai, dan budaya angkut harta yang haram, mencuri harta rakyat, melengahkan keputusan, maka akan menjadi satu beban yang tidak memberikan makna kepada perancangan," kata beliau.Pada masa sama, Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada kepimpinan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertugas dengan penuh integriti dan keikhlasan, sekali gus mengangkat martabat diri, masyarakat serta bandar yang mereka tadbir. - Bernama
Pembangunan bandar perlu terapkan nilai kemanusiaan, kebajikan - Anwar

Key takeaways
Perdana Menteri menekankan pentingnya nilai kemanusiaan dalam pembangunan bandar dan perancangan fizikal.
- Pembangunan bandar perlu mempertimbangkan kebajikan rakyat dan nilai kemanusiaan.
- Perancangan fizikal bandar harus membantu membangunkan insan dan memperkukuh iman serta akhlak.
- Kerajaan menghadapi cabaran mempertingkatkan kehijauan dan kemudahan asas kekal.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Tubuh agensi khas nilai pembangunan, kewujudan aplikasi digital
- Sinar Harian Pembangunan bandar perlu terapkan nilai kemanusiaan, kebajikan - Anwar (this story)
- Berita Harian Pembangunan bandar perlu berteraskan kemanusiaan - Anwar







