Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof (tengah) melihat replika loji janakuasa selepas merasmikan Persidangan Tahunan Jawatankuasa Penjanaan Kuasa Turbin Gas CGNEI 2026 di Melaka hari ini. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Pelabur asing perlu memainkan peranan lebih besar dalam membangunkan keupayaan syarikat dan tenaga kerja tempatan, bukan hanya membawa masuk modal serta teknologi ke Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof.
Jelasnya, aspek pemindahan teknologi, pembangunan pembekal tempatan dan latihan tenaga kerja berkemahiran perlu menjadi antara keutamaan pelabur asing bagi memastikan manfaat pelaburan dapat dinikmati dalam jangka panjang.
"Saya mengharapkan lebih banyak syarikat dan pelabur dari luar apabila melabur di Malaysia, bukan saja mencari rakan kongsi tempatan, tetapi melibatkan keseluruhan rantaian nilai, daripada aspek pembekalan dan sebagainya serta memberi keutamaan kepada orang tempatan.









