ALOR GAJAH - Pelabur asing yang melabur di negara ini perlu memainkan peranan lebih besar dalam membangunkan keupayaan syarikat dan tenaga kerja tempatan, bukan sekadar membawa masuk modal serta teknologi.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, setiap pelaburan seharusnya memberi nilai tambah kepada negara tuan rumah menerusi penglibatan syarikat tempatan dalam keseluruhan rantaian nilai industri.Menurutnya, aspek pemindahan teknologi, pembangunan pembekal tempatan dan latihan tenaga kerja berkemahiran perlu menjadi antara keutamaan pelabur asing bagi memastikan manfaat pelaburan dapat dinikmati dalam jangka panjang."Saya mengharapkan lebih banyak syarikat dan pelabur dari luar apabila melabur di Malaysia, bukan sahaja mencari rakan kongsi tempatan, tetapi melibatkan keseluruhan rantaian nilai, daripada aspek pembekalan dan sebagainya serta memberi keutamaan kepada orang tempatan."Pada masa sama, mereka perlu melatih tenaga tempatan supaya kita dapat melaksanakan pemindahan teknologi dan meninggalkan sesuatu yang berkekalan di negara ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Tahunan Jawatankuasa Penjanaan Kuasa Turbin Gas CGNEI 2026 di Pusat Latihan EPH, Loji Janakuasa Edra Melaka (EMPP), Kuala Sungai Baru Masjid Tanah di sini pada Rabu.Hadir sama, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Pengerusi CGN Energy International Holdings Co. Limited (CGNEI), Zhang Chaoqun.Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, langkah itu penting supaya rakyat Malaysia bukan sahaja berpeluang mendapat pekerjaan, malah mampu menguasai kemahiran teknikal tinggi dan meningkatkan pendapatan.Fadillah berkata, kerjasama jangka panjang dengan syarikat antarabangsa mampu memberikan manfaat lebih besar sekiranya disertai perkongsian pengalaman operasi, kepakaran dan pembangunan keupayaan syarikat tempatan.Tambah beliau, peningkatan keupayaan tempatan bukan sahaja mengukuhkan industri tenaga negara, malah membolehkan Malaysia memainkan peranan lebih besar dalam usaha memperkukuh keselamatan tenaga di peringkat serantau.Dalam pada itu, Fadillah berkata, pusat latihan yang diwujudkan menerusi inisiatif CGN dan Edra Power Holdings berpotensi menjadi platform melahirkan lebih ramai tenaga pakar dalam bidang operasi penjanaan tenaga, khususnya teknologi turbin gas.Katanya, kemudahan itu membuka ruang kepada tenaga kerja tempatan khususnya di Melaka untuk meningkatkan kemahiran, sekali gus memperluaskan peluang kerjaya dalam industri berkenaan."Ini penting untuk melatih tenaga kerja di Malaysia supaya mereka bukan sahaja menjadi pekerja mahir, tetapi akhirnya dapat meningkatkan pendapatan."Mereka juga telah bersetuju untuk membuka peluang ini bukan sahaja kepada Melaka, tetapi untuk seluruh Malaysia," katanya.Persidangan anjuran CGNEI itu menghimpunkan 120 pemimpin industri, jurutera dan rakan teknologi dari lima negara bagi membincangkan pembangunan industri tenaga serta teknologi penjan
Jangan sekadar bawa modal, pelabur asing perlu perkasa tenaga tempatan – Fadillah

Key takeaways
Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof menegaskan pelabur asing perlu memperkasa tenaga kerja dan syarikat tempatan, bukan sekadar membawa modal. Beliau menekankan kepentingan pemindahan teknologi dan penglibatan rantaian nilai tempatan untuk manfaat jangka panjang.
- Fadillah meminta pelabur asing melatih tenaga tempatan dan memindahkan teknologi.
- Syarikat tempatan perlu terlibat dalam keseluruhan rantaian nilai industri.
- Pernyataan ini dibuat semasa merasmikan Persidangan CGNEI 2026 di Melaka.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Harian Metro Bawa nyawa bukan sekadar penumpang
- Berita Harian Dana pelabur asing kembali mengalir ke Bursa Malaysia
- Sinar Harian Jangan sekadar bawa modal, pelabur asing perlu perkasa tenaga tempatan – Fadillah (this story)
- Utusan Malaysia Pelabur asing perlu libatkan syarikat, rakyat tempatan
- Free Malaysia Today Selain modal dan teknologi, pelabur asing perlu perkasa pekerja tempatan








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F05%2F1228624c5e6aed7c1e9f1aac9e5e3548.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
