Mengemudi feri bukan sekadar mengendalikan kapal merentasi lautan, sebaliknya memikul amanah besar bagi memastikan ratusan penumpang tiba di destinasi dengan selamat.

Di semua sebalik itu, seorang kapten bukan sahaja perlu menguasai selok-belok pelayaran, malah dituntut sentiasa tenang membuat keputusan terutama apabila cuaca berubah dan laut mula bergelora.

Bagi mereka, setiap pelayaran membawa tanggungjawab besar kerana satu keputusan yang dibuat boleh menentukan keselamatan ratusan nyawa.

"Selagi belum sampai ke pelabuhan yang dituju, hati saya tidak tenang, lebih-lebih lagi apabila cuaca tidak mengizinkan kerana saya bertanggungjawab membawa ramai nyawa.