Shah Alam: Polis mengesahkan sekumpulan penghuni melarikan diri dari sebuah pusat pemulihan dadah dan alkohol di Bukit Kuda, Klang, dekat sini. minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada pemilik pusat itu, pada 28 Oktober lalu.
"Menurutnya, premis miliknya didatangi oleh sekumpulan lelaki dan perempuan lalu membawa beberapa penghuni tanpa kebenaran pihak pengurusan pusat ini.
"(Jumlah yang melarikan diri) masih dalam siasatan polis. Sebarang perkembangan akan kita dimaklumkan dari semasa ke semasa.









