Kuala Lumpur: Media Mulia Sdn Bhd sedang melaksanakan penilaian strategik terhadap model perniagaan, struktur operasi dan hala tuju syarikat melibatkan pelaksanaan Program Cuti Berbayar ke atas hampir 100 pekerjanya.

Pengarah merangkap Ketua Pegawai Kewangan Media Mulia Sdn Bhd Abd. Wahid Idris berkata langkah rasionalisasi itu diambil bagi memastikan kelangsungan serta kemampanan perniagaan susulan perubahan landskap industri media yang kini memberi tumpuan kepada platform digital.

Bagaimanapun, beliau berkata syarikat tetap komited meneruskan penerbitan akhbar bercetak untuk pembaca yang masih setia mengikutinya.

"Program (Cuti Berbayar) ini bertujuan menilai semula keperluan operasi, penggunaan sumber manusia dan keupayaan syarikat untuk memberi penekanan kepada kan­dungan digital, platform penyam­paian berita yang lebih berkualiti dan efektif serta kemampanan perniagaan syarikat untuk masa hadapan," katanya menerusi kenyataan yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini.