New York: Pelari Sweden, Andreas Almgren mencipta kejutan apabila menjuarai Maraton New York City dalam penampilan sulungnya bagi acara itu dengan catatan masa dua jam enam minit satu saat, awal pagi tadi.

Pelari berusia 31 tahun itu yang menjadi tumpuan selepas mencipta rekod Eropah bagi acara separuh maraton di Copenhagen pada September lalu, mempamerkan larian bertenaga di hujung saingan untuk meraih kemenangan mengatasi pelari Itali, Yemaneberhan Crippa.

Pelari Kenya, Sheila Chepkirui pula menjuarai kategori wanita buat kali kedua selepas berjaya menangkis cabaran juara tahun lalu, Hellen Obiri yang akhirnya sekadar menduduki tempat ketiga di belakang pelari Amerika Syarikat (AS), Jessica McClain.