KUALA LUMPUR: Inisiatif Dana Inovasi Media 2.0 menjadi pemangkin penting dalam memperkasakan daya saing syarikat media tempatan, meningkatkan keupayaan teknologi, dan memastikan kelangsungan industri mendepani cabaran landskap digital, kata Pengerusi Majlis Media Malaysia (MMM), Tan Sri Nallini Pathmanathan.

Katanya, pengenalan dana itu adalah langkah tepat pada masanya ketika industri bergelut dengan kepesatan teknologi, penggunaan kecerdasan buatan (AI), persaingan sengit platform digital, serta perubahan corak masyarakat dalam mengakses maklumat.

Justeru, beliau menyokong ketetapan Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, yang mengingatkan majikan supaya syarikat menerima dana berkenaan tidak memberhentikan pekerja dengan sewenang-wenangnya.