Ketua Polis Klang Utara, Ramsay Embol, meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi IPD Klang Utara. (Gambar Facebook)SHAH ALAM: Polis sedang menyiasat kes pencerobohan selepas sekumpulan individu dipercayai membawa keluar beberapa penghuni dari sebuah pusat pemulihan persendirian di Bukit Kuda, tanpa kebenaran pihak pengurusan.
Ketua Polis Klang Utara, Ramsay Embol, berkata pihaknya menerima laporan daripada pemilik pusat pemulihan itu pada 28 Okt lepas memaklumkan premis itu didatangi sekumpulan lelaki dan wanita tidak dikenali sebelum membawa keluar beberapa penghuni pusat berkenaan.
"Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan iaitu pencerobohan jenayah," menurut kenyataan.






