PETALING JAYA – Model dua rangkaian 5G di Malaysia berpotensi memperkukuh daya tahan rantaian bekalan dengan memberi pengilang lebih banyak pilihan teknologi untuk meningkatkan kecekapan dan menangani gangguan operasi.Presiden Persatuan Rantaian Bekalan Mampan dan Inovasi Malaysia (Massci), Lorela Chia berkata, kepelbagaian rangkaian membolehkan syarikat memilih teknologi yang lebih sesuai dengan keperluan operasi, termasuk sistem perisian, pengurusan data dan platform industri."Persekitaran dengan dua rangkaian memberi industri sesuatu yang amat bernilai, iaitu lebih banyak pilihan," katanya kepada FMT.Malaysia mempunyai dua rangkaian 5G berasingan, iaitu Rangkaian Digital Nasional Berhad (DNB) yang menggunakan peralatan Ericsson serta rangkaian U Mobile yang menggunakan teknologi Huawei dan ZTE.Menurut Lorela, kebanyakan kilang menggabungkan mesin lama, sistem automasi baharu, platform awan dan peralatan daripada pelbagai pembekal, sekali gus memerlukan rangkaian yang mampu menyokong teknologi berbeza.Katanya, sesetengah teknologi mungkin berfungsi lebih baik pada rangkaian tertentu, justeru kewujudan dua rangkaian memberi pengilang lebih banyak pilihan untuk menghubungkan sistem sedia ada tanpa perlu melakukan perubahan besar terhadap operasi."Pilihan itu juga membolehkan syarikat menukar pembekal, menaik taraf operasi atau menangani gangguan tanpa perlu membina semula keseluruhan sistem pengeluaran."Lebih fleksibel rangkaian di Malaysia dalam menampung teknologi berbeza, lebih mudah bagi syarikat mengintegrasi dan menaik taraf sistem serta mengelakkan kebergantungan kepada satu teknologi," katanya.Beliau berkata, fleksibiliti berkenaan amat penting kepada pembekal kecil yang mungkin mempunyai kekangan kewangan untuk menggantikan peralatan sedia ada semata-mata bagi menyesuaikan operasi dengan teknologi baharu."Bagi mereka, bertukar teknologi tidak sepatutnya bermakna melupuskan peralatan yang masih berfungsi atau bermula semula dari awal."Lorela berkata, kewujudan dua rangkaian turut membantu meningkatkan daya tahan rantaian bekalan ketika berdepan gangguan, manakala kepelbagaian pilihan teknologi membolehkan syarikat menyesuaikan operasi dengan lebih pantas."Dua rangkaian membantu rantaian bekalan menyerap gangguan. Pilihan teknologi pula menentukan seberapa pantas operasi dapat disesuaikan semula."Katanya, manfaat model dua rangkaian 5G bukan sekadar meluaskan liputan, sebaliknya turut menyediakan pilihan teknologi untuk menangani cabaran sebenar dalam sektor pembuatan."Liputan menyediakan platform. Pilihan teknologi memberi industri lebih banyak cara untuk menyelesaikan masalah pengeluaran sebenar."Industri mahukan 5G yang selesaikan masalahLorela berkata, fasa seterusnya pelaksanaan 5G perlu memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah sebenar perniagaan, termasuk aspek kebolehpercayaan rangkaian, keserasian sistem dan keselamatan siber.Menurutnya, usaha itu turut merangkumi keupayaan mengintegrasikan rangkaian 5G awam dan persendiri