MELAKA- Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh membidas kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari yang mempersoalkan prestasi pentadbiran kerajaan negeri pimpinan BN.Beliau menegaskan, kritikan terhadap prestasi kerajaan negeri perlu bersandarkan fakta dan rekod pencapaian, bukannya sekadar membangkitkan isu tanpa mengambil kira usaha yang telah dilaksanakan.Malah, katanya, Adly sepatutnya turut mengambil kira rekod pentadbirannya sendiri ketika menjadi Ketua Menteri Melaka dari Mei 2018 hingga Mac 2020, khususnya dalam menangani isu banjir, peluang pekerjaan dan penyediaan perumahan mampu milik."Isu banjir di Melaka bukan perkara baharu kerana ia turut berlaku ketika Adly menerajui kerajaan negeri sebagai Ketua Menteri dari Mei 2018 hingga Mac 2020."Kerajaan BN tidak berdiam diri, sebaliknya mempunyai sembilan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang sedang dan akan dilaksanakan, sedangkan tiada satu pun projek RTB diluluskan sepanjang tempoh Adly menjadi Ketua Menteri," katanya menerusi video yang dimuat naik di Facebook.Beliau turut memberikan contoh projek RTB Duyong, Merlimau, Jasin dan Alor Gajah Fasa Satu yang diluluskan pada 2017 manakala RTB Sungai Melaka diluluskan pada 2022.Selain itu, katanya, RTB Sungai Baru di Masjid Tanah diluluskan pada 2025, manakala RTB Sungai Air Salak di Melaka Tengah diluluskan pada tahun ini.Jelasnya, kedua-dua projek berkenaan diluluskan ketika BN mentadbir negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusof.Mengulas isu peluang pekerjaan pula, Akmal berkata, Melaka hanya merekodkan 1,942 peluang pekerjaan pada 2019 ketika Adly menerajui kerajaan negeri, dengan jumlah pelaburan diterima pada tahun sama sebanyak RM2.2 bilion.Sebaliknya, katanya, pentadbiran BN di bawah kepimpinan Ab Rauf pada 2024 berjaya mewujudkan hampir 16,770 peluang pekerjaan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM8.1 bilion."Melaka juga mencatatkan rekod pelaburan tertinggi dalam tempoh 22 tahun pada 2025 apabila berjaya menarik pelaburan berjumlah RM14.68 bilion," katanya.Dalam isu perumahan mampu milik, Akmal berkata, purata harga rumah di Melaka ialah RM232,922, lebih rendah berbanding Selangor sebanyak RM634,000 dan Pulau Pinang RM562,000.Justeru, beliau mempersoalkan sama ada Adly turut menganggap pentadbiran PH di Selangor dan Pulau Pinang tidak berprestasi baik hanya berdasarkan purata harga rumah yang lebih tinggi berbanding Melaka.Menurutnya, persoalan berkaitan prestasi kerajaan negeri perlu dinilai secara adil dengan mengambil kira data dan pencapaian sebenar.Dalam pada itu, Akmal turut membangkitkan penyertaan PH dalam kerajaan negeri Melaka bersama BN sejak 2023 hingga 2026."Sepanjang tempoh tersebut, seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) daripada PH turut berada dalam pentadbiran kerajaan negeri."Adakah kritikan terhadap prestasi kerajaan negeri itu turut merangkumi peranan Exco PH yang berada dalam pentadbiran sepanjang