SHAH ALAM – Peminat novel genre seram, thriller, misteri dan penyiasatan berpeluang mendapatkan lapan karya terbaharu terbitan Buku Prima pada harga lebih murah menerusi Jualan Gudang Karangkraf kali ini.Eksekutif Pemasaran Grup Buku Karangkraf, Muhammad Fitri Sani Azmy berkata, lapan karya terbaharu itu terdiri daripada The Girl You Want To Kill edisi bahasa Melayu, Petaka Tiga Seru, Serum Code LPiv, Cold Case, Rubah Putih, Akademi Pemburu Hantu, Kurungan Ajal dan Doppelganger II."Buku Prima terus memperkukuh kedudukannya sebagai penerbit karya fiksyen tempatan dengan mengetengahkan pelbagai judul menerusi karya kali ini."Kepelbagaian judul ini memberi peluang kepada pembaca meneroka pelbagai bentuk penceritaan," katanya kepada Sinar Harian.Beliau menambah, setiap novel mengetengahkan latar dan konflik tersendiri termasuk trauma serta tekanan sosial dalam kehidupan sekolah, misteri gua, penyiasatan kes lama dan kejadian tragis di zoo.Dalam pada itu, Muhammad Fitri berkata, menerusi jualan kali ini, Buku Prima turut mengetengahkan karya penulis tersohor yang telah lama mendapat tempat dalam kalangan peminat novel tempatan.Katanya, antara nama menjadi tumpuan ialah penulis prolifik yang sinonim dengan karya thriller penuh aksi, misteri dan kejutan, Ramlee Awang Murshid menerusi buah tangan berjudul Rubah Putih, Satu Janji dan Siri Sunan."Selain itu, kita ada juga penulis seram berpengalaman yang kembali mencuri perhatian iaitu Maria Kajiwa menerusi novel Kurungan Ajal."Karya penulis ini bukan sahaja menjadi pilihan pembaca setia, malah terus menarik minat generasi pembaca baharu yang ingin mengenali dunia fiksyen seram dan thriller tempatan," katanya.Menurut beliau, kehadiran karya penulis berpengalaman itu melengkapkan pilihan bacaan pengunjung yang bukan sahaja boleh mendapatkan novel baharu, malah menambah koleksi judul popular.Katanya, pengunjung juga boleh mendapatkan kombo tiga novel dengan diskaun 30 peratus bagi pilihan karya Ramlee Awang Murshid serta novel seram dan thriller."Melalui tawaran kombo ini, pembaca boleh mendapatkan tiga novel dengan diskaun 30 peratus, sekali gus memberi peluang kepada mereka menambah koleksi bacaan pada harga lebih berbaloi," katanya.Pemegang keahlian VIP turut menikmati harga istimewa bagi novel seram dan thriller sepanjang Jualan Gudang Karangkraf 2026 yang berlangsung dari 30 Oktober hingga 9 November mulai jam 9 pagi hingga 7 malam di Kompleks Karangkraf Shah Alam.
Novel seram jadi buruan

Key takeaways
Buku Prima menawarkan lapan novel terbaru genre seram dengan harga lebih murah dalam jualan gudang Karangkraf.
- Lapan karya terbaharu termasuk The Girl You Want To Kill dan Rubah Putih.
- Jualan ini menonjolkan pelbagai genre seperti misteri dan thriller.
- Penulis tersohor seperti Ramlee Awang Murshid dan Maria Kajiwa turut diketengahkan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD NABIL ALMA AZMAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Peknga, pulut sambal warisan jadi buruan di Rumah Kopi
- Harian Metro 47.20s jadi buruan Sayyid Amin
- Sinar Harian Novel seram jadi buruan (this story)









