SHAH ALAM – Pihak berkuasa kini mengesan kewujudan sindiket menyeleweng minyak masak bersubsidi dengan cara membelinya secara pukal sebelum dijual semula sebagai minyak masak terpakai.Itu antara modus operandi dikesan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor hasil maklumat dan risikan yang dijalankan.Pengarah KPDN Selangor, Muhamad Hanif Asa’ari berkata, berdasarkan statistik dan serbuan, wujud kegiatan menjual minyak masak bersubsidi kepada syarikat minyak masak terpakai (UCO)."Minyak masak paket baharu dikumpulkan dalam tangki seperti intermediate bulk container (IBC) sebelum dicampurkan dengan minyak masak terpakai dan dijual kepada pihak industri."Minyak masak terpakai ini dipercayai mempunyai nilai sekitar RM3 hingga RM3.50 setiap kilogram (kg)."Sindiket mengaut untung mudah melalui minyak masak paket bersubsidi dengan harga RM2.50/kg," katanya kepada Sinar Harian di Ibu Pejabat KPDN Selangor, di sini, baru-baru ini.Tambahnya, pihak yang terlibat dikesan mendapatkan bekalan melalui saluran yang mempunyai lesen atau kuota, tetapi bekalan tersebut tidak dipasarkan mengikut saluran ditetapkan.Sebaliknya, beliau berkata, bekalan diselewengkan ke pasaran gelap termasuk ke kawasan yang mempunyai permintaan tinggi dan menawarkan keuntungan lebih besar."Kegiatan ini kebiasaannya beroperasi di premis seperti gudang atau stor haram disewa bagi menyukarkan kegiatan tersebut dikesan pihak berkuasa," ujarnya.Dalam pada itu, Muhamad Hanif turut mendedahkan modus operandi lain iaitu minyak masak paket dipindahkan atau dibungkus semula (repack) ke dalam bekas yang lebih besar antaranya botol atau bekas berkapasiti dua, tiga, lima dan 17kg yang tidak menerima subsidi.Dedahnya, perbezaan harga yang besar berbanding minyak masak tanpa subsidi menarik minat sindiket untuk minyak masak bersubsidi bagi tujuan penyelewengan."Bekalan minyak masak bersubsidi diperoleh daripada sumber bekalan sah sebelum dipindahkan, dibungkus semula dan kemudiannya dijual pada harga tanpa subsidi," ujarnya.Taktik lain dikesan ialah penyelewengan melalui kuota di peringkat rantaian bekalan.Menurut beliau, apa yang menjadi perhatian KPDN ialah penyelewengan bukan sahaja boleh berlaku di peringkat akhir, tetapi melibatkan beberapa peringkat dalam rantaian bekalan."Berdasarkan kes dikesan, pihak terlibat lazimnya mempunyai kaitan dengan rantaian pengedaran minyak masak sama ada di peringkat pembekal, pemborong, peruncit atau orang tengah."Kita tidak boleh membuat kesimpulan semua syarikat berlesen terlibat kerana setiap kes perlu dibuktikan melalui risikan, pemeriksaan dan siasatan," ujarnya.Katanya, berdasarkan statistik kes direkodkan KPDN Selangor, terdapat kes baharu melibatkan suspek sama sebelum ini."Antara faktor mendorong jenayah ini ialah keuntungan tinggi daripada perbezaan harga minyak masak bersubsidi dengan harga pasaran."Kita melihat perkara ini dengan serius kerana minyak masak diseleweng bukan sahaja memberi keuntungan kepada pi