BATU PAHAT – Suasana pilu menyelubungi Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) apabila dua beradik, Muhammad Adam, 8, dan Hasya Fahira Zulkifli, 11, melambaikan tangan ke arah van jenazah yang membawa pergi ibu bapa mereka buat selama-lamanya.Muhammad Adam dan Hasya Fahira merupakan anak kepada pasangan Mohd Hardi Mohd Husin, 46, dan isterinya, Tengku Syafirana Tengku Abdullah, 44, yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori di Kilometer 8.5, Jalan Yong Peng-Muar, berhampiran Parit Yaani, tengah hari Ahad.Kedua-dua beradik itu dibawa turun dari wad menggunakan kerusi roda selepas mengalami kecederaan dan melecur dalam nahas berkenaan.Dengan bantuan dua jururawat, mereka kemudian dibawa masuk ke Jabatan Forensik untuk menatap wajah ibu bapa buat kali terakhir.Hasya Fahira dilihat menitiskan air mata ketika beberapa kali mengucup jenazah ibu bapanya sebelum adiknya, Muhammad Adam, turut melakukan perkara sama.Dalam pada itu, jenazah Mohd Hardi dan Tengku Syafirana selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Parit Maimon, Parit Sulong, jam 11.45 malam tadi.Sebelum itu, jenazah pasangan suami isteri berkenaan dibawa ke rumah keluarga mereka di kampung sama untuk disolatkan dengan dihadiri lebih 200 orang terdiri daripada ahli keluarga, kenalan dan penduduk kampung.Dalam kejadian di Jalan Yong Peng-Muar, dekat Parit Yaani, Mohd Hardi dan Tengku Syafirana maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap lori membawa muatan pasir yang terbabas dipercayai akibat tayar pecah.Dua anak pasangan itu pula mengalami kecederaan di kepala dan luka selain melecur pada kaki, masih menerima rawatan di HSNI.
Tragedi lori hempap MPV: Pilu dua anak berkerusi roda lambai jenazah ibu ayah

Key takeaways
Dua beradik yang cedera dalam kemalangan melambaikan tangan ke arah van jenazah ibu bapa mereka.
- Muhammad Adam dan Hasya Fahira menggunakan kerusi roda selepas kemalangan.
- Kedua-dua beradik menatap wajah ibu bapa buat kali terakhir di Jabatan Forensik.
- Jenazah pasangan suami isteri dikebumikan di Parit Sulong.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Suami isteri maut, MPV dihempap lori muatan tar
- Sinar Harian Tragedi lori hempap MPV: Pilu dua anak berkerusi roda lambai jenazah ibu ayah (this story)






%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F06%2Fd078ffb80d752317cac874867cb3c441.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)


