LONDON – Tempoh rehat separuh masa menjadi detik penting kebangkitan Chelsea ketika mereka berjaya meraih kemenangan 2-0 membenam Manchester United di Stamford Bridge kelmarin.

The Blues bergelut untuk menguasai permainan sebelum rehat apabila mereka terlalu banyak memberikan peluang kepada United untuk mengancam kubu mereka dan kelemahan dalam mengawal penguasaan bola turut memberikan mereka kesukaran.

Pengendali Chelsea, Xabi Alonso mengakui meminta para pemainnya bekerja lebih keras dan meningkatkan intensiti permainan sekali gus menampakkan kesan yang baik apabila mereka kembali menguasai permainan pada babak kedua.

“Kami telah berbincang ketika waktu rehat bahawa kami akan memenangi perlawanan ini melalui penguasaan bola. Jadi, peningkatan yang perlu dilakukan adalah ketika kami menguasai bola.