Hong Kong: Pemimpin Hong Kong memohon maaf selepas siasatan bebas mendapati beberapa jabatan kerajaan gagal menyelia kerja pengubahsuaian di sebuah kawasan perumahan sebelum kebakaran yang mengorbankan 168 nyawa tahun lalu, lapor The Independent.
Ketua Eksekutif Hong Kong, John Lee bersama tujuh pegawai kanan lain menundukkan badan sebagai tanda memohon maaf pada sidang media Khamis lalu ketika mengumumkan hasil siasatan berkenaan.
Siasatan yang diketuai seorang hakim itu mendapati, puntung rokok yang masih menyala berkemungkinan besar menjadi punca kebakaran di atas bumbung rata antara dua unit kediaman di tingkat satu blok Wang Cheong House, selepas terdapat bukti kukuh pekerja pembinaan merokok di tapak berkenaan.








