Batu Pahat: Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah ujian yang terpaksa dilalui Tengku Syafarin Tengku Abdullah, 46, apabila sekali lagi kehilangan insan tersayang selepas adik serta iparnya maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap lori membawa muatan tar di Jalan Yong Peng-Muar, berhampiran Parit Yaani, di sini, semalam.

Adiknya, Tengku Syafirana, 44, bersama suaminya, Mohd Hardi Mohd Husin, 46, maut maut ketika Tengku Syafarin yang juga anak sulung daripada lapan beradik masih dalam proses membina semula kehidupan selepas kehilangan isterinya pada tahun lalu.

Tengku Syafarin kehilangan isterinya, Noor Faradhillah Mohd Yusuff, 42, kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri tahun lalu akibat kemalangan jalan raya di Merlimau, Melaka, ketika wanita itu menghantar anak perempuan mereka ke sekolah.