Begitulah ujian terpaksa dilalui Tengku Syafarin Tengku Abdullah, 46, apabila sekali lagi hilang insan tersayang selepas adik serta iparnya maut susulan kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap lori membawa muatan tar di Jalan Yong Peng-Muar, berhampiran Parit Yaani di sini, semalam.

Adiknya, Tengku Syafirana, 44, maut bersama suami, Mohd Hardi Mohd Husin, 46, ketika Tengku Syafarin yang juga anak sulung daripada lapan beradik masih dalam proses membina semula kehidupan selepas kehilangan isterinya, tahun lalu.

Noor Faradhillah Mohd Yusuff, 42, meninggal dunia juga dalam kemalangan jalan raya di Merlimau, Melaka, seminggu sebelum Aidilfitri, ketika wanita itu menghantar anak perempuan mereka ke sekolah.