MALAYSIA sebenarnya memiliki barisan atlet olahraga berkualiti, namun potensi mereka perlu digilap menerusi pendedahan lebih meluas dalam kejohanan antarabangsa bertaraf tinggi bagi meningkatkan kemampuan bersaing di pentas dunia.
Bekas atlet pecut negara, Nazmizan Muhammad berkata, atlet yang sudah melepasi had kelayakan perlu diberikan peluang menyertai kejohanan bertaraf Gred A dan bukannya sekadar dihantar ke pertandingan yang kurang kompetitif.
Menurut pemenang pingat emas acara 100 meter Sukan SEA Hanoi 2003 itu, Malaysia tidak seharusnya terlalu mengejar kemenangan dalam kejohanan kecil sehingga mengabaikan keperluan atlet untuk menguji kemampuan menentang barisan pelari elit antarabangsa.






