Florida: Sembilan individu maut selepas sebuah jet peribadi terhempas di kawasan perumahan di Florida, Amerika Syarikat (AS), pada Ahad, menurut Setiausaha Pengangkutan AS.
Kejadian berlaku berhampiran kawasan kejiranan Cresthaven, kira-kira 14 kilometer dari Mar-a-Lago, resort milik Presiden Donald Trump di Palm Beach County, sekitar jam 12.50 tengah hari waktu tempatan.
Imej dari lokasi kejadian menunjukkan lubang besar menyerupai kawah di jalan perumahan, selain tompokan api serta serpihan konkrit dan bangkai pesawat jenis Learjet 60 bertaburan.
Menurut kenyataan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), pesawat itu berlepas dari Austin, Texas dan dalam perjalanan ke Bahamas.









