Mumbai: Bintang sensasi Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-61 pada Isnin lalu terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah seorang pelakon paling kaya di dunia dengan anggaran nilai bersih kira-kira 10,000 crore rupee (sekitar RM4.28 bilion).
Angka ini diperolehi dari Senarai Kaya India Hurun 2026, yang sekali lagi meletakkan "King Khan" di tangga teratas senarai pelakon kaya India.
Walaupun NDTV Profit melaporkan penurunan daripada anggaran tahun 2025 iaitu 12,490 crore rupee (kira-kira RM5.36 bilion), "Badshah Bollywood" ini kekal selesa di hadapan rakan seangkatannya.
Kekayaannya tidak terbina dengan hanya berlakon, sebaliknya Shah Rukh membina empayar perniagaan yang luas merangkumi penerbitan filem, sukan, hartanah dan perjanjian jenama besar.










