Kuala Lumpur : Dunia digital yang membina namanya sebagai pempengaruh tidak menghalang Nashkay untuk menguji bakat dalam industri muzik tanah air menerusi pelancaran single terbaharunya berjudul Rela Lepaskan.

Lagu nyanyian duet bersama Aseng AXA Band hasil ciptaan komposer Faez Jantan dan susunan muzik oleh Afiq Bruno itu membawa mesej mendalam mengenai perpisahan, penerimaan dan kekuatan untuk melangkah ke hadapan.

Nashkay berkata, dia terbuka hati merakamkan karya berkenaan berikutan penceritaan yang dibawakan dekat dengan emosi serta pengalaman kehidupan setiap individu.

"Ketika pertama kali mendengar lagu ini, saya rasa mesejnya cukup dekat. Setiap orang pasti melalui pelbagai dugaan yang mengajar tentang penerimaan dan bagaimana untuk terus melangkah.