KUALA LUMPUR: Tularnya klip video persembahan di Kampung Bantal, Pahang, ketika berusia 16 tahun mengimbau kenangan manis Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang pernah menghiburkan penduduk kampung itu pada persembahan muzik bersama kumpulan keluarganya.

Mengakui pernah menyanyi di pelbagai acara, daripada majlis perkahwinan hingga pesta ria, Siti berkata, persembahan yang dirakam pada 1996 itu antara pengalaman awalnya selepas bergelar anak seni.

"Ketika itu saya sudah menjadi artis. Baru sahaja jadi artis, rasanya pada zaman lagu Jerat Percintaan. Pada masa sama, band itu adalah band pakcik saya dan yang bermain muzik semua saudara-mara saya, sepupu dan pakcik saya yang menjadi ketua kumpulan.