KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mendedahkan menerima pelawaan menyanyikan lagu kebangsaan, Negaraku pada perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hanya sehari sebelum acara berlangsung.
Menurut Siti, 47, pada awalnya, kehadirannya ke acara tersebut pada sekadar untuk menyaksikan perlumbaan bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa sebelum ditawarkan untuk menjalankan tanggungjawab tersebut.
“Pelawaan itu memang saya terima pada saat akhir iaitu sehari sebelum dan memang kebetulan pergi menonton bersama dengan suami. Jadi, mereka pun bertanya dan saya okey saja.
“Ini kira untuk negara. Saya kata untuk negara boleh (menyanyi Negaraku di MotoGP) tapi sebenarnya memang sangat gemuruh.








