KUALA LUMPUR: Hasrat Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekadar mahu menyaksikan perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam, bertukar menjadi tanggungjawab besar apabila beliau diberi penghormatan menyampaikan lagu kebangsaan, Negaraku, pada saat akhir.

Siti atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza Tarudin, 47, berkata, tawaran itu diterima kira-kira sehari sebelum acara berlangsung, sekali gus membuatkan beliau perlu bersiap sedia dalam tempoh singkat.

"Memang ini agak saat akhir sebenarnya saya ditawarkan untuk menyanyikan lagu Negaraku. Pihak Sepang maklumkan kepada saya sehari sebelum acara, ada protokol sebenarnya.

"Kalau Tuanku Agong (Yang di-Pertuan Agong) berangkat, memang Negaraku tak perlu ada penyanyi. Jadi, bila Tuanku Agong tidak berangkat, Negaraku kena ada penyanyi.