KOTA BHARU: Seorang guru dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki di dalam bilik warden asrama sebuah sekolah rendah di Dabong, Kuala Krai, tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Faiz Rohizat, 34, yang juga warden asrama sekolah terbabit bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ketika kejadian di dalam sebuah bilik warden asrama di sebuah sekolah di Dabong, Kuala Krai dekat sini kira-kira jam 1 tengah hari pada April 2025 dan 4 petang pada September 2025.