NEW DELHI: Kualiti udara di beberapa kawasan di utara India dan Pakistan yang bersempadan, merosot dengan ketara selepas jerebu pramusim sejuk mula melanda kawasan itu.

Keadaan demikian menjadikan Lahore bandar paling tercemar di dunia, sementara pihak berkuasa Delhi mengenakan sekatan bagi menangani jerebu toksik yang menyelubungi ibu negara itu.

Pencemaran udara menjadi masalah serius di rantau itu setiap tahun terutama pada waktu ini apabila udara dingin lagi padat memerangkap pelepasan dari kenderaan, tapak pembinaan serta pembakaran sisa tanaman.

Keadaan itu menyebabkan tahap pencemaran meningkat ke paras tertinggi di dunia dan mendedahkan penduduk kepada risiko penyakit pernafasan serius.