KUALA LUMPUR: Kumpulan Insomniacks menutup tirai jelajah album penuh sulung, Kami Insomniacks, dengan kejayaan membanggakan apabila kesemua 1,800 tiket persembahan penutup di Odeon Kuala Lumpur, Sabtu lalu, habis terjual.

Sambutan hangat itu mencerminkan sokongan padu peminat yang dikenali sebagai Maniacks terhadap perjalanan muzik kumpulan berkenaan, khususnya dalam meraikan pelancaran album sulung yang menghimpunkan 12 lagu baharu.

Persembahan di ibu negara itu menjadi destinasi terakhir jelajah berkenaan selepas Insomniacks bertemu peminat di beberapa lokasi termasuk Johor.

Menariknya, tiket bagi persembahan di kedua-dua lokasi berkenaan turut habis terjual.