Kuantan: Orang ramai yang ingin menaiki perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dinasihatkan hanya membeli tiket melalui saluran rasmi bagi mengelak menjadi mangsa penipuan menjelang pembukaan jualan tiket pada pertengahan bulan depan.
ECRL yang menghubungkan Kota Bharu dengan Terminal Pengangkutan Bersepadu Gombak melalui Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor dijadual memulakan operasi pada 12 Disember ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang berkata, pihak tidak bertanggungjawab mungkin mengambil kesempatan terhadap permintaan tinggi dengan menawarkan tiket pada harga luar biasa murah, termasuk menerusi media sosial.
"Kami memahami ramai yang tidak sabar untuk menaiki tren berkenaan, namun mereka tidak seharusnya terpedaya dengan individu yang mengambil kesempatan.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNew-Big-Picture-template-121026-47_880389.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)