KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kekal berwaspada menjelang keputusan pilihan raya pertengahan penggal AS selain mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) esok, kata penganalisis.
Setakat 8 pagi ini, ringgit meningkat ke paras 4.0730/0795 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0735/0775, semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata sentimen pasaran dijangka kekal berhati-hati berikutan pendirian pelabur membabitkan pilihan raya pertengahan penggal AS dengan faktor seperti peningkatan kos sara hidup terutama harga petrol menjadi antara kebimbangan utama pengundi.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F09%2Ff11e7960629ab97caf894a805e8faba4.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
