KUALA LUMPUR: Pembangunan pusat data di negara ini perlu mengambil kira keperluan sekitar 28 sektor industri sedia ada, manfaat sumber gas negara selain memperluas penggunaan tenaga boleh baharu.
Mengulas mengenai kesediaan Malaysia menerima lebih banyak pelaburan pusat data, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata kerancakan pembangunan kemudahan itu perlu diseimbangkan dengan keupayaan negara menyediakan bekalan tenaga dan air mencukupi, tanpa menjejaskan keperluan sektor industri sedia ada yang menjadi tonggak ekonomi.
Katanya, kerajaan mahu memastikan kemasukan pelaburan dalam sektor infrastruktur digital itu tidak mewujudkan persaingan mendapatkan sumber asas, khususnya tenaga elektrik sehingga menjejaskan operasi industri lain.








