KUALA LUMPUR - Bayaran antara RM1,000 hingga RM3,000 mengikut jarak perjalanan ditawarkan kepada sindiket penyeludupan migran bagi membolehkan warga Indonesia keluar dari Malaysia melalui laluan laut tidak diwartakan.Kegiatan sindiket yang telah beroperasi sejak enam bulan lalu itu terbongkar susulan penahanan 38 warga Indonesia dalam serbuan di kawasan pesisir pantai Kampung Sungai Gatal Sabak Bernam Selangor, pada Isnin selepas bot nelayan dinaiki mereka mengalami kerosakan enjin.Pemangku Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Asisten Komisioner Awang Arfian Awang Bujang berkata, serbuan kira-kira jam 4.30 pagi itu dilaksanakan Task Force Delta Briged Tengah PGA menerusi Op Taring Delta."Dalam operasi berkenaan, seramai 38 warga Indonesia ditahan terdiri daripada tiga lelaki dewasa yang disyaki berperanan sebagai tekong laut, manakala 35 lagi membabitkan 24 lelaki dan 11 wanita dewasa."Pasukan operasi turut merampas sebuah bot nelayan bersama enjin serta tiga telefon bimbit pelbagai jenama milik tekong laut yang dipercayai digunakan sebagai alat komunikasi untuk menjalankan kegiatan penyeludupan migran. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM406,800," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Rabu.Awang Arfian berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Akta Imigresen 1959/63.Mengulas lanjut, Awang Arfian berkata, dalam tempoh 1 Januari hingga 4 November tahun ini, Briged Tengah PGA merekodkan sebanyak 171 kes membabitkan aktiviti penyeludupan migran dan kesalahan imigresen di kawasan tanggungjawabnya."Kawasan operasi berkenaan meliputi Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor," katanya.Belial berkata, sepanjang tempoh itu, seramai 898 individu berjaya ditahan hasil operasi penguatkuasaan yang dijalankan."Daripada jumlah keseluruhan, sebanyak 33 kes direkodkan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) membabitkan tangkapan 76 tekong."Selain itu, sebanyak 138 kes direkodkan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dengan 822 individu ditahan," katanya.Beliau berkata, PGA akan terus mempergiat operasi dan risikan bagi membanteras kegiatan penyeludupan migran serta aktiviti rentas sempadan yang menyalahi undang-undang."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan itu diminta menyalurkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," ujarnya.
'Bayar sindiket RM3,000 untuk keluar Malaysia'

Key takeaways
Sindiket penyeludupan migran dikenal pasti menerima bayaran antara RM1,000 hingga RM3,000 untuk membantu warga Indonesia keluar dari Malaysia.
- 38 warga Indonesia ditahan dalam serbuan di Selangor, termasuk tiga lelaki yang disyaki sebagai tekong laut.
- Bot nelayan, enjin dan telefon bimbit dirampas sebagai bukti kes penyeludupan migran.
- Briged Tengah PGA melaporkan 171 kes penyeludupan migran dari Januari hingga November 2023.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Bekas CFO, CEO TH didakwa perdaya lembaga pengarah bayar hibah RM3.13 bilion
- Sinar Harian 'Bayar sindiket RM3,000 untuk keluar Malaysia' (this story)









