ALOR SETAR – Polis Kedah berjaya melumpuhkan tujuh kumpulan sindiket penipuan dalam talian atau 'calling centre' menerusi beberapa operasi yang dijalankan sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini.Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, kejayaan itu membabitkan penahanan 87 individu terdiri daripada 75 lelaki dan 12 wanita.Menurutnya, warga Pakistan mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi iaitu 33 orang, diikuti Malaysia (27), China (15), India (lapan) dan Bangladesh (empat)."Hasil siasatan mendapati sindiket berkenaan menyasarkan mangsa bukan sahaja dalam negara, malah turut melibatkan beberapa negara lain termasuk Thailand, Jepun, China, Australia, India dan Bangladesh."Pelbagai taktik serta modus operandi digunakan sindiket dengan menyalahgunakan kemudahan komunikasi dan teknologi bagi memperdaya mangsa untuk mendapatkan keuntungan secara tidak sah," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini pada Rabu.Jelas Adzli, antara modus operandi dikenal pasti termasuk penyalahgunaan transaksi kewangan dalam institusi perbankan, tawaran nombor ramalan tidak wujud secara dalam talian, penipuan percintaan dan tawaran kerja sambilan tidak wujud.Menurutnya, sindiket terbabit turut melakukan penipuan telekomunikasi dengan menyamar sebagai pegawai penguat kuasa bagi memperdaya mangsa."Dalam operasi bersepadu yang dilakukan, polis turut merampas pelbagai peralatan dan barangan dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan berkenaan dengan nilai keseluruhan dianggarkan mencecah RM300,000."Antara barangan dirampas termasuk telefon bimbit, komputer, modem, router, kad ATM, kad prabayar, kad SIM, monitor, pakaian seragam agensi penguat kuasa serta pelbagai peranti komunikasi dan dokumen," ujarnya.Adzli berkata, penemuan pelbagai peralatan berkenaan menunjukkan kegiatan penipuan atas talian itu mempunyai rangkaian luas dan beroperasi secara terancang, selain menyasarkan mangsa merentasi sempadan negara.Jelasnya, semua individu yang ditangkap telah berjaya dituduh di mahkamah mengikut beberapa peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 420 dan Seksyen 120B Kanun Keseksaan serta kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63."Berdasarkan trend terkini, sindiket penipuan dalam talian semakin gemar memilih premis hotel atau resort terbiar sebagai lokasi strategik untuk dijadikan pusat operasi," katanya lagi.Tambahnya, premis berkenaan menjadi pilihan kerana menawarkan privasi, ruang luas serta lebih mudah dikawal, selain mempunyai banyak bilik yang boleh diubah suai menjadi pusat operasi dan tempat penginapan anggota sindiket.Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai khususnya pemilik premis supaya segera menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya mengesyaki hartanah mereka yang disewakan dijadikan pusat operasi penipuan dalam talian.
Tujuh sindiket 'calling centre' tumpas, 87 ditahan di Kedah

Key takeaways
Polis Kedah melumpuhkan tujuh sindiket penipuan 'calling centre' dan menahan 87 suspek antara Januari hingga Oktober tahun ini. Mangsa penipuan ini merangkumi warga tempatan serta beberapa negara asing.
- Sebanyak 87 individu ditahan, dengan warga Pakistan mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi iaitu 33 orang.
- Modus operandi termasuk penipuan percintaan, tawaran kerja palsu, dan penyamaran sebagai pegawai penguat kuasa.
- Sindiket menyasarkan mangsa di dalam negara serta Thailand, Jepun, China, Australia, India dan Bangladesh.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today 6 ditahan, sindiket judi ‘online’ sasar warga Australia tumpas
- Utusan Malaysia Hotel terbiar jadi calling centre’ diserbu, 6 lelaki ditahan
- Sinar Harian Tujuh sindiket 'calling centre' tumpas, 87 ditahan di Kedah (this story)






%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F07%2Fb9e5f18e6056ac540b3bab0c0c0dae6c.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

