JOHOR BAHRU – Seorang pesara guru terpaksa melopong apabila wang simpanan pencennya berjumlah RM521,787 dikebas scammer selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud di Facebook.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd. Shaffei berkata, mangsa berusia 67 tahun itu tertarik dengan iklan pelaburan berkenaan di Facebook pada 16 September lalu.

Beliau berkata, mangsa diarahkan perlu membuat pindahan wang ke akaun bank diberikan sebelum keuntungan dimasukkan terus ke akaun miliknya.

“Tertarik dengan tawaran itu, mangsa melakukan 16 transaksi pindahan wang secara dalam talian membabitkan enam akaun bank berbeza antara 17 September hingga 29 Oktober lalu.