SHAH ALAM – Sebanyak 56 lokasi dikenal pasti sebagai hot spot banjir manakala 232 kawasan lain dikategorikan berisiko dilanda bencana itu di Selangor tahun ini.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, pengenalpastian lokasi berkenaan dibuat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berdasarkan data asas tahun lalu.

Katanya, Klang mencatatkan jumlah hotspot tertinggi sebanyak 13 lokasi, diikuti Petaling (11), Gombak (10) dan Hulu Langat (sembilan).

“Bagi mempertingkat keupayaan tindakan di lapangan, sebanyak 150 unit pam bergerak turut disediakan, terdiri 31 unit milik Kerajaan Persekutuan dan 119 unit milik Kerajaan Negeri.