Nilai di Negeri Sembilan mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 163 manakala Seremban mencatatkan bacaan 155 dan Port Dickson (148). (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Sebanyak 15 kawasan di seluruh negara merekodkan kualiti udara pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan Nilai di Negeri Sembilan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tertinggi iaitu 163.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), dua lagi stesen pemantauan di Negeri Sembilan turut merekodkan trend sama iaitu Seremban (155) dan Port Dickson (148).
Di Selangor, lima kawasan berada pada kategori tidak sihat iaitu Klang dan Johan Setia, yang masing-masing mencatatkan bacaan 155, diikuti Petaling Jaya (154), Shah Alam (152) serta Banting (131).







