Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Arthur Joseph Kurup, berkata 68 stesen negara dilengkapi alat pengukuran guna kaedah teknikal dan piawaian diiktiraf Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (US EPA). (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Bacaan indeks pencemaran udara (IPU) rasmi disediakan stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara mematuhi piawaian ditetapkan badan antarabangsa, Dewan Rakyat diberitahu.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Arthur Joseph Kurup, berkata 68 stesen di seluruh negara dilengkapi alat pengukuran menggunakan kaedah teknikal dan piawaian diiktiraf Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (US EPA).

"Stesen-stesen ini menjalani penyelenggaraan, pemeriksaan prestasi, penilaian kualiti, dan kawalan kualiti bagi memastikan data dikeluarkan untuk bacaan rasmi IPU tepat dan boleh dipercayai," katanya waktu pertanyaan-pertanyaan menteri.