GUA MUSANG – Seorang pekerja kedai runcit dan rakannya yang merupakan pelajar Tingkatan Empat mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya ketika melarikan diri daripada sekatan jalan raya (SJR) polis pada minggu lalu.

Tertuduh, Muhamad Noraiman Firdaus Abdullah, 19, dan rakannya yang berusia 16 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua remaja itu didakwa menunggang dua motosikal jenis Honda pada kelajuan tinggi serta menduga kelajuan di Jalan Persiaran Raya di sini kira-kira pukul 2.30 pagi pada 30 Oktober 2026.