PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak bersemangat ketika membuat persembahan mencuri perhatian ramai.
Melalui video tersebut kanak-kanak perempuan berkenaan dilihat begitu bersungguh-sungguh semasa persembahan dikir barat sehingga perhiasan di kepalanya tertanggal.
Lebih mengujakan, aksi kanak-kanak itu turut mencuri perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Menjiwai betul. Seronok tengok anak-anak hidupkan budaya kita,” tulis Anwar di ruang komen.










