Seorang buruh binaan mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan samun ke atas seorang remaja perempuan di sebuah kedai runcit
Key takeaways
Seorang buruh binaan, Muhamad Amir Irfhan Azmi, 20 tahun, mengaku bersalah atas dua pertuduhan samun terhadap seorang remaja perempuan 14 tahun di kedai runcit Bachok pada 18 dan 25 Oktober 2026.
- Tertuduh didakwa di bawah Sekyen 392 Kanun Keseksaan, berpotensi penjara 14 tahun dan denda.
- Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Mohamed.
- Tertuduh tidak diwakili peguam, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
KOTA BHARU – Seorang buruh binaan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan samun ke atas seorang remaja perempuan di sebuah kedai runcit di Bachok dekat sini dalam dua kejadian berasingan pada bulan lalu.
Tertuduh, Muhamad Amir Irfhan Azmi, 20, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Mohamed.
Mengikut kedua-dua pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan samun ke atas seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah kedai runcit di Kampung Alor Jambu Tawang, Bachok dekat sini kira-kira pukul 12.59 malam pada 18 Oktober 2026 dan pukul 12.40 malam pada 25 Oktober 202