KUALA LUMPUR: Kegagalan Datuk Seri Rafizi Ramli sebagai menteri kanan sebelum ini disifatkan mendorong kepada kemerosotan jumlah penonton ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh parti Bersama dengan saban hari ia semakin berkurangan.
Setiausaha Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas), Sharizan Ramli berkata, pada masa sama, skandal Nik Nazmi Nik Ahmad yang ditangkap khalwat baru-baru ini juga turut menyumbang kepada ketiadaan minat oleh pengundi Melaka untuk menghadiri ceramah-ceramah parti tersebut walaupun menampilkan sejumlah 15 calon.
“Berdasarkan pemerhatian kami di lapangan dan di media sosial, jumlah penonton ceramah parti Kancil itu semakin berkurangan saban hari kerana rakyat mampu menilai prestasi Rafizi Ramli sebelum ini yang kerap mendapat label menteri gagal.








