Keadaan kesihatan bekas isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Puteri Zainah dilaporkan kritikal
Key takeaways
Tengku Puteri Zainah, bekas isteri Najib Razak, dilaporkan dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Gleneagles Ampang. Anak sulungnya, Datuk Mohamad Nizar, memohon doa daripada orang ramai untuk kesembuhan ibunya.
- Tengku Puteri Zainah kini menerima rawatan di ICU Hospital Gleneagles Ampang.
- Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib mengesahkan keadaan ibunya masih kritikal.
- Akaun Facebook Najib Razak turut berkongsi hantaran dan mendoakan kesembuhan beliau.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
PETALING JAYA – Keadaan kesihatan bekas isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dilaporkan kritikal dan kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Gleneagles Ampang.
Perkhabaran duka itu dikongsikan anak sulungnya, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
Menerusi hantaran tersebut, Nizar memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan ibunya yang kini sedang bertarung dengan masalah kesihatan.
“Dengan penuh rasa rendah hati, saya memohon doa daripada seluruh sahabat handai, saudara-mara dan