KUALA LUMPUR: Blackmores Malaysia memperkenalkan multivitamin baharu yang menggabungkan 20 vitamin dan mineral bersama Habbatus Sauda atau minyak jintan hitam, sekali gus menjadi formulasi pertama syarikat itu yang dibangunkan berdasarkan pemahaman terhadap keperluan pengguna Muslim.

Produk itu mencerminkan pendekatan baharu Blackmores dalam menggabungkan kepakaran sains dan bahan semula jadi dengan pemahaman terhadap keutamaan pengguna tempatan, khususnya masyarakat Islam di Malaysia.

Pengarah Urusan Asia Blackmores Group, Andrew Fuary, berkata pelancaran itu menjadi satu lagi pencapaian penting syarikat selepas memperoleh pensijilan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada Disember 2025.