PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menzahirkan penghargaan dan rasa terharu atas keprihatinan orang ramai yang tidak putus-putus menziarahi pusara isterinya, Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Menerusi satu kenyataan hari ini, beliau berkata, meskipun pemergian isterinya sudah lebih sebulan, masih ramai yang hadir menziarahi pusara Allahyarhamah serta mendoakannya.

Beliau turut memohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk kerap ke pusara isterinya dan bertemu dengan individu yang datang menziarah.

Menurutnya, beliau juga amat menghargai surat serta ucapan takziah yang diterima, namun tidak mampu membalas setiap satu secara peribadi.