KUALA LUMPUR: Indeks utama Bursa Malaysia dibuka meningkat namun susut kemudiannya, diasak sentimen berhati-hati yang merentasi pasaran serantau susulan penunjuk yang bercampur-campur di pasaran Wall Street.
Pada 9.10 pagi ini, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) susut 3.13 mata kepada 1,618.72 daripada penutupan semalam pada 1,621.85.
Indeks penanda aras itu dibuka menokok 1.46 mata pada 1,623.31.
Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 160 berbanding 122 manakala 273 kaunter tidak berubah, sebanyak 2,206 kaunter tidak diniagakan dan 10 kaunter digantung dagangannya.










