KUALA LUMPUR: Penganjuran HYROX Kuala Lumpur 2026 berdepan risiko tidak mendapat kelulusan apabila Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menegaskan acara itu tidak akan diluluskan selagi tajaan syarikat minuman beralkohol tidak ditarik balik sepenuhnya.
Pendirian tegas itu susulan penularan tangkap layar pengumuman sebuah syarikat minuman beralkohol sebagai rakan rasmi bir bagi acara berkenaan yang dijadualkan berlangsung pada 10 hingga 13 Disember ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.
Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, permohonan penganjuran acara itu masih dalam proses dan belum mendapat kelulusan KBS.
"Pendirian KBS di dalam hal ini adalah tegas: KBS tidak akan meluluskan penganjuran acara ini selagi tajaan syarikat minuman beralkohol tidak ditarik balik sepenuhnya.









