Key takeaways
Claude P Moore berjaya menghasilkan bola getah seberat 5,251 kg selepas lebih 10 tahun usaha, sekali gus memecahkan rekod dunia terdahulu. Bola tersebut telah disahkan oleh wakil Guinness World Records (GWR) sebagai yang terbesar di dunia.
- Claude P Moore memulakan projek ini semasa menghadiri temu janji doktor untuk penyakit hemofilia.
- Bola getah tersebut diangkat menggunakan kren ke Belle Isle, AS, untuk penimbangan rasmi.
- Rekod sebelumnya dipegang oleh Joel Waul dari Florida dengan berat 4,097 kg pada 2008.
Summarised automatically by AI from the original article by Harian Metro. AI can make mistakes, so check the original for details.
Detroit: Seorang lelaki menghabiskan masa lebih 10 tahun menghasilkan bebola getah seberat kira-kira 5,251 kilogram (kg) yang kini disahkan sebagai paling besar di dunia, lapor UPI.
Lelaki berkenaan, Claude P Moore berkata, dia mula menghasilkan bebola getah ketika kerap menghadiri temu janji doktor bagi pemeriksaan susulan berkaitan penyakit darah hemofilia yang dihidapinya.
Pada 2015, beberapa rakan sekerjanya mencabar dia untuk menghasilkan bebola getah bersaiz besar.
Bebola itu akhirnya menjadi terlalu besar sehingga dia terpaksa mengalihkannya keluar dari garaj rumah dan menyimpannya di sebuah unit penyimpanan khas.