Menteri Belia dan Sukan Taufiq Johari berkata syarikat minuman beralkohol itu perlu menarik balik semua logo, cap dagangan dan bahan promosi berkaitan syarikat berkenaan daripada semua saluran rasmi acara serta venue pertandingan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak akan meluluskan penganjuran Hyrox Kuala Lumpur 2026 selagi tajaan syarikat minuman beralkohol bagi acara itu tidak ditarik balik sepenuhnya.

Menterinya, Taufiq Johari, menegaskan permohonan penganjuran acara yang dijadualkan berlangsung dari 10 hingga 13 Dis di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) masih diproses serta tiada dana disalurkan, selepas tular tangkap layar pengumuman sebuah syarikat minuman beralkohol sebagai 'Official Beer Partner'.