Ketua Pengarah Kastam Amran Ahmad dilaporkan berkata ada pengimport didakwa memanipulasi dokumen dengan mengisytiharkan nilai, berat dan kuantiti barangan lebih rendah daripada sebenar.PETALING JAYA: Pendedahan Kastam berhubung ada pengimport memanipulasi pengisytiharan import disifatkan membimbangkan, kata seorang pemain industri maritim yang menggesa tindakan susulan diambil termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

R Jeyenderan berkata pendedahan oleh Ketua Pengarah Kastam Amran Ahmad mengenai pengisytiharan nilai, berat dan kuantiti barangan yang didakwa lebih rendah daripada sebenar perlu diambil serius.

Jelasnya, ini kerana ia bukan sahaja berpotensi menyebabkan kerajaan kehilangan hasil, malah menimbulkan persoalan mengenai ketepatan rekod dan pergerakan sebenar kargo.